Page 8 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 8
Peraturan AM SIPMA Edisi ke-10, 2025
15. JURI RAYUAN
15.1. Semasa Temasya SIPMA berlangsung tugas-tugas Jawatankuasa Induk
akan dilaksanakan oleh sebuah Juri Rayuan yang dilantik oleh Sekretariat.
Anggota Juri Rayuan terdiri daripada tidak kurang daripada lima (5) orang
dan tidak lebih dari tujuh (7) orang ahli iaitu seperti berikut:
Pengerusi - Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian
Pendidikan Malaysia / Setiausaha Bahagian Perancangan
Strategik Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi
Malaysia atau wakilnya.
Ahli-ahli - Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya.
- Ketua Urus Setia SIPMA atau wakilnya.
- 2 orang Ketua Kontinjen yang tidak terlibat atau wakilnya.
- Tidak lebih daripada dua (2) orang yang diiktirafkan
sesuai oleh pengerusi.
15.2. Juri Rayuan akan membuat keputusan muktamad berkenaan dengan semua
hal berhubung dengan pengelolaan SIPMA. Ketua kontinjen atau wakilnya
boleh mengemukakan bantahan kepada juri ini.
15.3. Jawatankuasa Pengelola hendaklah melantik Juri Rayuan bagi tiap-tiap jenis
sukan yang dipertandingkan.
16. JAWATANKUASA BANTAHAN
16.1. Jawatankuasa bantahan terdiri daripada lima (5) orang seperti berikut;
16.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Teknikal SIPMA atau wakil dari kalangan
ahli Jawatankuasa Teknikal
8