Page 6 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 6

Peraturan AM SIPMA Edisi ke-10, 2025

               10.  TEMPOH PENGELOLAAN / JADUAL PERLAWANAN


                     10.1.  Temasya SIPMA ini akan berlangsung selama lapan (8) hari termasuk hari
                            pendaftaran  masuk,  penyesuaian  padang/gelanggang  dan  pendaftaran

                            keluar.

                     10.2.  Semua jadual perlawanan bagi semua jenis sukan termasuk tarikh, masa dan

                            tempat akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.


               11.  PENANGGUHAN


                     11.1.  Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan/jadualkan tidak
                            boleh diminta Tangguh atau diubah oleh pasukan-pasukan yang mengambil

                            bahagian.

                     11.2.  Jawatankuasa  Pengelola  SIPMA  adalah  mempunyai  kuasa  mutlak  untuk

                            menangguhkan  atau  mengubah  sesuatu  perlawanan  dengan  diberitahu
                            terlebih dahulu atau diputuskan serta merta.

                     11.3.  Mana-mana perlawanan yang ditangguhkan menurut para 11.2 di atas, maka

                            Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan bagi sukan berkenaan membuat
                            keputusan.



               12.  KEMUDAHAN


                     12.1.  Jawatankuasa  Pengelola  bertanggungjawab  menyediakan  semua
                            kemudahan yang berkaitan dengan pelaksanaan SIPMA seperti penginapan,
                            makan, minum dan peralatan pertandingan.


                     12.2.  Pakaian  dan  peralatan  sukan  peserta  adalah  menjadi  tanggungjawab
                            kontinjen masing-masing.


                     12.3.  Jawatankuasa Pengelola hendaklah mengemukakan senarai kemudahan /
                            tempat  pertandingan  dan  senarai  peralatan  sukan  yang  akan  digunakan
                            untuk  tujuan  pertandingan  kepada  Bahagian  Sukan,  Kokurikulum  dan

                            Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapat pengesahan.


                                                                                                         6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11