Page 9 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 9
Peraturan AM SIPMA Edisi ke-10, 2025
16.1.2 Pengerusi Permainan SIPMA atau penyelaras Teknikal Permainan
SIPMA
16.1.3 Tiga orang Pengurus Pasukan permainan berkenaan yang
berkecuali
17. RAYUAN / BANTAHAN
17.1. Sebarang rayuan atau bantahan boleh dibuat oleh Ketua Kontinjen/
Pengurus Pasukan secara bertulis kepda Juri Rayuan Induk dalam tempoh
tidak lebih dari dua jam selepas tamat sesuatu perlawanan dengan
disertakan wang tunai sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus
Sahaja)
17.2. Sekiranya rayuan atau bantahan itu munasabah dan diterima oleh Juri
Rayuan, maka wang pertaruhan tersebut dikembalikan dan satu Keputusan
akan dibuat berhubung dengan rayuan dan bantahan itu.
17.3. Wang pertaruhan itu akan hilang dan menjadi pendapatan kepada SIPMA
sekiranya rayuan atau bantahan itu ditolak.
18. JAWATANKUASA DISIPLIN
18.1 Setiap Jawatankuasa Pertandingan yang terlibat hendaklah menubuhkan
sebuah Jawatankuasa Disiplin bagi mengendalikan kes-kes disiplin
dikalangan pegawai dan peserta. Disamping itu, Jawatankuasa Induk akan
melantik sebuah Lembaga Disiplin bagi mengendalikan segala kes disiplin
para pegawai serta atlet yang tidak dapat diselesaikan di peringkat kontinjen
masing-masing. Lembaga ini juga bertanggungjawab terhadap disiplin
semua pegawai kontinjen yang berdaftar dengan Urus Setia SIPMA.
18.2 Keahlian jawankuasa disiplin ialah seperti ;-
Ahli-ahli - 6 orang Ketua Kontinjen atau wakilnya.
Ketua Pengadil sukan yang berkenaan atau wakilnya.
9