Page 5 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 5
Peraturan AM SIPMA Edisi ke-10, 2025
7.3. Jika seseorang peserta itu mewakili pasukan/ mengambil bahagian dalam
acara individu didapati gagal ujian doping, pasukan/ penyertaan peserta
tersebut dengan sendirinya akan terbatal. Sekiranya pasukan/individu yang
dibatalkan turut memenangi pingat, kemenangan tersebut akan juga turut
terbatal dan pingat-pingat yang dimenangi akan ditarik balik. Pingat-pingat
dan mata akan dianugerahkan kepada peserta-peserta terbaik berikutnya.
8. KAWALAN KEWANITAAN
8.1 Seseorang peserta jika dikehendaki oleh Jawatankuasa Pengelola SIPMA
untuk membuat pemeriksaan kewanitaan, hendaklah patuh kepada
peraturan ini.
9. PERATURAN PERTANDINGAN
9.1. Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan
Malaysia selaku Sekretariat SIPMA, dengan kerjasama Jawatankuasa
Teknikal SIPMA akan menetapkan format pertandingan bagi semua sukan
yang dipertandingkan dalam SIPMA ini.
9.2. Semua jenis sukan / acara akan dikelolakan selaras dengan Peraturan
Badan Sukan Antarabangsa yang berkenaan. Jika terdapat percanggahan
dari segi pentafsiran, maka pengertian sahih akan dirujuk kepada peraturan
dalam Bahasa Inggeris.
9.3. Pertandingan bagi semua jenis sukan hendaklah diselesaikan mengikut
tempoh SIPMA seperti yang ditetapkan perkara 10.1 atau pada tempoh yang
dipersetujui oleh pihak Jawatankuasa Pengelola.
9.4. Penetapan bilangan kumpulan bagi semua sukan akan ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal sukan masing-masing.
5