Page 3 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 3
Peraturan AM SIPMA Edisi ke-10, 2025
4.4. Peserta gantian boleh dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran iaitu
semasa taklimat Pengurus Pasukan.
4.5. Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama
peserta dengan Kad Pengenalan atau dokumen pendaftaran JPN 1/9 atau
JPN 1/11 atau Kad Matrik Pelajar (kecuali MSSM). Tambahan kepada
bilangan peserta yang telah didaftarkan tidak dibenarkan.
4.6. Senarai peserta yang didaftarkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan
adalah muktamad. Selepas taklimat pengurus pasukan, permohonan
pertukaran/gantian peserta tidak dibenarkan.
4.7. Setiap atlet dibenarkan mengambil bahagian dalam satu (1) jenis sukan
sahaja.
4.8. Bagi sukan olahraga dan renang atlet acara individu tidak dibenarkan untuk
menyertai lebih daripada dua (2) acara perseorangan dan dua (2) acara
berpasukan /relay.
4.9. Bagi sukan badminton, seorang pemain boleh menyertai dua (2) acara
sahaja yang mempunyai acara perseorangan, beregu, beregu campuran dan
berpasukan, seorang pemain hanya dibenarkan mengambil dua (2) acara
sahaja. Seorang pemain masih dianggap mengambil bahagian dalam satu
acara jika menyertai acara berpasukan walaupun bermain dalam
perseorangan dan beregu.
4.10. Tiap-tiap kontinjen dikehendaki mengemukakan borang penyertaan
mengikut jenis sukan kepada pihak pengelola tidak lewat daripada empat
belas (14) hari daripada Tarikh kejohanan SIPMA.
4.11. Borang-borang penyertaan yang lengkap dengan nama peserta dan lain-lain
maklumat yang diperlukan hendaklah diisi melalui sistem pendaftaran atas
talian oleh kontinjen masing-masing kepada pihak pengelola satu (1)
minggu sebelum tarikh kejohanan SIPMA. Pertukaran peserta boleh dibuat
semasa taklimat Pengurus-pengurus Pasukan sebelum sukan bermula.
3