Page 7 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 7

Peraturan AM SIPMA Edisi ke-10, 2025



               13.  PENGARAH PERTANDINGAN DAN DELEGAT TEKNIKAL

                     13.1.  Jawatankuasa  Pengelola  SIPMA  akan  melantik  seorang  Ketua  Delegat

                            Teknikal dan seorang Pengarah Pertandingan.

                     13.2.  Tanggungjawab Ketua Delegat Teknikal adalah seperti berikut:-


                            13.2.1.      Melantik pegawai-pegawai teknikal dan pengadil / hakim setelah
                                         berbincang dengan Jawatankuasa Pengelola.


                            13.2.2.      Melawat  dan  mengesahkan  tempat-tempat  pertandingan
                                         supaya sesuai digunakan untuk pertandingan SIPMA.


                            13.2.3.      Menyemak dan mengesahkan jadual-jadual pertandingan yang
                                         disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.


                            13.2.4.      Menentukan giliran tugasan pegawai-pegawai teknikal seperti
                                         pengadil / hakim yang dilantik di bawah para 13.2.1.

                     13.3.  Tanggungjawab  Pengarah  Pertandingan  ialah  untuk  menentukan  segala

                            persiapan  Teknikal  dan  Pertandingan  disedia  dan  dilaksanakan  mengikut
                            Peraturan Tetap dan Peraturan Am SIPMA serta panduan-panduan yang

                            ditetapkan  oleh  Peraturan  Pertandingan  Sukan  masing-masing  dengan
                            kerjasama Jawatankuasa Pengelola.



               14.  GANTI RUGI

                     14.1.  Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia,

                            Jawatankuasa       Induk,    Jawatankuasa      Pengelola,     Jawatankuasa-
                            jawatankuasa  kecil  dan  pegawai-pegawai  yang  dilantik  tidak
                            bertanggungjawab  atas  sebarang  kemalangan  atau  kecelakaan  yang
                            mungkin  berlaku  kepada  mana-mana  peserta  dan  pegawai  semasa

                            Kejohanan  SIPMA  berlangsung  termasuk  perjalanan  ke  rumah  /  tempat
                            pertandingan / rumah.







                                                                                                         7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11