Page 11 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 11
Peraturan AM SIPMA Edisi ke-10, 2025
21.5. Jawatankuasa Pengelola juga mempunyai kuasa mutlak memeriksa
kelayakan peserta-peserta yang didaftarkan pada bila-bila masa. Sekiranya
terdapat peserta yang tidak layak menyertai temasya ini seperti yang tercatat
dalam Peraturan Am SIPMA dan Peraturan Pertandingan tindakan berikut
akan diambil:-
21.5.1 Pembatalan dari temasya itu. Jika peserta itu mewakili pasukan,
pasukan itu akan dibatalkan dan jika peserta itu mengambil bahagian
di dalam acara individu, beliau akan dibatalkan. Jika pasukan /
individu yang dibatalkan memenangi pingat, kemenangan tersebut
akan dibatalkan dan pingat-pingat yang dimenangi akan ditarik balik.
11