Page 10 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 10

Peraturan AM SIPMA Edisi ke-10, 2025
                     18.3     Pihak Lembaga Disiplin berhak untuk memanggil mana-mana pihak
                               yang difikirkan sesuai dan dapat membantu memberikan maklumat

                               yang berkaitan.

               19.  HADIAH-HADIAH


                     19.1.  Hadiah untuk SIPMA akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola seperti
                            berikut:-


                            19.1.1.  Pingat-pingat emas, perak dan gangsa untuk pemenang pertama,
                                     kedua dan ketiga kecuali Olahraga dan Renang .


               20.  KEWANGAN

                     20.1.  Kewangan  Pengelolaan  SIPMA  akan  ditadbirkan  oleh  Jawatankuasa

                            Pengelola.    Penyata  akaun  pengelolaan  hendaklah  disiapkan  oleh
                            Jawatankuasa Pengelola tidak lewat daripada dua (2) bulan selepas tarikh
                            akhir sukan tersebut untuk diperiksa dan diluluskan oleh Jawatankuasa Induk

                            SIPMA.

                     20.2.  Kos makan, penginapan, elaun pegawai kejohanan (yang mana berkenaan)

                            dan  kos  pengelolaan  adalah  daripada  peruntukan  kerajaan.    Kos
                            pengangkutan  kontinjen  adalah  ditanggung  oleh  Majlis  Sukan  masing-
                            masing.


               21.  PERKARA AM



                     21.1.  Sekretariat  SIPMA  dan  Jawatankuasa  Pengelola  SIPMA  berkuasa
                            mengambil sesuatu keputusan kepada sebarang perkara yang berbangkit
                            yang tidak tercatat dalam Peraturan Am.

                     21.2.  Tidak  dibenarkan  sebarang  keputusan  yang  dibuat  semasa  Taklimat
                            Pengurus-pengurus Pasukan.

                     21.3.  Segala keputusan adalah muktamad.

                     21.4.  Segala bantahan mengenai kesahihan status peserta tidak boleh dibuat oleh
                            mana-mana pihak setelah diterima dan disahkan oleh Sekretariat SIPMA.




                                                                                                       10
   5   6   7   8   9   10   11