Page 1 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 1

Peraturan AM SIPMA Edisi ke-10, 2025












                                                   PERATURAN AM


                                     SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA

                                                        (SIPMA)


                         ________________________________________________________

                1.   NAMA


                     1.1.     Kejohanan  ini  dinamakan  “SUKAN  INSTITUSI  PENDIDIKAN
                               MALAYSIA”.


               2.    PENGELOLAAN

                     2.1.     SUKAN  INSTITUSI  PENDIDIKAN  MALAYSIA  (SIPMA)  ini  dikelolakan

                              bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan
                              Tinggi Malaysia setiap dua (2) tahun sekali dengan kerjasama Majlis Sukan

                              Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia
                              (MSIPGM),  Majlis  Sukan  Matrikulasi  Malaysia  (MSMM),  Majlis  Sukan
                              Universiti Malaysia (MASUM), Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM),
                              Majlis  Sukan  Kolej  Komuniti  Malaysia  (MASKOM),  Majlis  Sukan  IPTS

                              Malaysia (MASISWA), Majlis Sukan Kolej Vokasional Malaysia (MASKoV)
                              dan pihak-pihak yang terlibat seperti agensi kerajaan, persatuan-persatuan
                              sukan dan pihak swasta.


                     2.2.     Bagi  maksud  pengelolaan,  sebuah  Jawatankuasa  Induk  (Perkara  3
                              Peraturan  Tetap  SIPMA)  yang  bertanggungjawab  berkenaan  dengan
                              perkara-perkara  dasar  ditubuhkan.    Sebuah  Jawatankuasa  Pengelola

                              hendaklah  ditubuhkan  untuk  membuat  perancangan  dan  mengelolakan
                              semua  program  dan  aktiviti  SIPMA  seterusnya  Jawatankuasa-

                              jawatankuasa  Kecil  dengan  tugas-tugas  khas  yang  bertanggungjawab
                              kepada  Jawatankuasa  Pengelola.    Bahagian  Sukan,  Kementerian
                              Pendidikan  Malaysia  adalah  Sekretariat  SIPMA  di  peringkat  Pusat  dan
                              bertanggungjawab  mempastikan  segala  dasar  dan  keputusan


                                                                                                         1
   1   2   3   4   5   6