Page 6 - PERATURAN MEMANAH
P. 6

7.6  Semasa melaporkan diri, seseorang peserta mesti menunjukkan kad
                             akreditasi kepada penyelia peserta berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak
                             dipatuhi, peserta berkenaan tidak akan dibenarkan bertanding.

                       7.7  Jawatankuasa Teknikal dan  Pertandingan  mempunyai kuasa untuk
                             melakukan sebarang  pindaan berkenaan jadual  pertandingan sama ada
                             menangguh atau mengubah jadual berdasarkan keperluan semasa dengan
                             pemakluman kepada peserta/pasukan.

               8.0    PAKAIAN DAN PERALATAN

                       8.1   Pakaian Pertandingan

                              8.1.1  Pakaian hendaklah bersesuaian dengan acara trek dan padang.

                              8.1.2  Paku Kasut: Kejohanan ini akan  diadakan di  atas  balapan jenis
                                    sintetik. Panjang maksima paku kasut (spikes) tidak boleh melebihi 09
                                    mm, kecuali untuk acara Lompat Tinggi dan Merejam Lembing. Untuk
                                    acara tersebut, paku tidak boleh melebihi 12mm.

                              8.1.3  Bagi acara jarak jauh, penggunaan kasut harus mengikut peraturan
                                    World Athletic (WA).

                              8.1.4  Setiap pasukan yang menyertai acara berganti-ganti adalah
                                     diwajibkan memakai pakaian yang seragam.

                              8.1.5  Pihak penganjur akan menyediakan spesifikasi nombor bib seperti
                                     berikut:

                                      8.1.5.1   Pengenalan nombor bib:

                                      BIL.    PASUKAN          HURUF        NO. LELAKI       NO. WANITA
                                        1       MSSM              S        S 001 – S 050      S 051- S100
                                        2      MASUM              U         U101 – U150       U151- U200
                                        3      MSIPGM             G         G201 – G250       G251- G300
                                        4       MSPM              P         P301 – P350       P351- P400
                                        5       MSMM              M        M401 – M450        M451- M500
                                        6      MASKOM             K         K501 – K550       K551- K600
                                        7     MASISWA             T         T601 – T650       T651- T700
                                        8      MASKoV             V         V701 – V750       V751 – V800

                                      8.1.5.2   Nombor bagi kategori  lelaki  ialah bewarna  Hitam
                                                manakala bagi kategori wanita ialah berwarna Merah.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11