Page 4 - PERATURAN MEMANAH
P. 4
5.7 Sebarang pertukaran pegawai/pemain selepas tarikh tutup pendaftaran
individu akan dikenakan denda seperti berikut.
5.7.1 Selepas tarikh tutup pendaftaran invidivu (I-form) sehingga
seminggu sebelum taklimat pengurus-pengurus pasukan akan
dikenakan denda RM 15.00.
5.7.2 Pertukaran kategori bagi setiap acara dibenarkan pada 7 hari
sebelum Taklimat Pengurus Pasukan. Hanya kategori yang telah
berdaftar sahaja dibenarkan membuat pertukaran. Setiap pertukaran
kategori akan dikenakan denda sebanyak RM 15.00.
5.7.3 Pertukaran pemain yang mengalami kecederaan boleh dibuat 7 hari
sebelum taklimat pengurus pasukan sehingga sehari sebelum
taklimat dengan disertakan pengesahan dari pihak Pusat Kesihatan
Universiti/ Hospital Kerajaan/Klinik Kerajaan.
5.7.4 Kad yang hilang/rosak akan dikenakan denda sebanyak RM 15.00
bagi setiap pengantian kad baharu.
5.7.5 Semua bayaran hendaklah dibuat secara tunai kepada Jawatankuasa
Teknikal dan Pertandingan.
6.0 SISTEM DAN FORMAT PERTANDINGAN
6.1 Pertandingan akan dijalankan mengikut acara dan jadual pertandingan yang
telah ditetapkan.
6.2 Susunan acara adalah mengikut susunan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pengelola dan dirujuk kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
Kejohanan SIPMA.
6.3 Acara hanya akan dijalankan sekiranya TIGA (3) atau lebih peserta/pasukan
berlainan mengambil bahagian bagi sesuatu acara yang dipertandingkan
selepas tarikh tamat pengesahan penyertaan.
6.4 Sekiranya pengguguran acara yang melibatkan kurang daripada 3 acara
semasa mesyuarat pengurus pasukan berlaku, acara tetap dijalankan dengan
status seperti berikut.
6.4.1 Sekiranya tiga (3) penyertaan, hanya Johan dan Naib Johan akan
diambilkira dalam pungutan pingat. Kesemua peserta yang bertanding
layak mendapat pingat dan hadiah.
6.4.2 Sekiranya dua (2) penyertaan, hanya Johan sahaja akan diambilkira
dalam pungutan pingat. Kesemua peserta yang bertanding layak
mendapat pingat dan hadiah.
6.4.3 Sekiranya hanya satu (1) penyertaan, acara akan dibatalkan.