Page 2 - PERATURAN MEMANAH
P. 2

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA SUKAN
                            INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA (SIPMA) KE-10, 2025


               1.0     PERATURAN AM

                       1.1    Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan
                              Malaysia (SIPMA).

                       1.2    Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, kejohanan ini akan
                              dijalankan mengikut peraturan undang-undang KESATUAN OLAHRAGA
                              MALAYSIA (KOM).

                       1.3    Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya maka
                              peraturan/undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan digunakan.

                       1.4    Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan ini,
                              jawatankuasa penganjur akan memutuskan keputusan berdasarkan
                              kepada undang- undang/peraturan KOM dan Peraturan AM SIPMA.

                       1.5    Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal adalah
                              muktamad.

               2.0     TEMPAT PERTANDINGAN

                       2.1    Tempat dan tarikh kejohanan SIPMA bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:
                              Tarikh       : 4 hingga 6 September 2025
                              Tempat       : Stadium Olahraga Mount Austin/Stadium UTM

                3.0    PENYERTAAN DAN PEMBENTUKAN PASUKAN

                       3.1    Rujuk Perkara 4 Peraturan Am SIPMA.

                       3.2    Setiap kontinjen hanya boleh mendaftar satu (1) pasukan Olahraga yang
                              terdiri daripada:

                              3.2.1  Seorang (1) Pengurus Pasukan
                              3.2.2  Sembilan (9) orang Pegawai/Jurulatih
                              3.2.3    Maksimum atlet seramai 60 orang peserta 1 pasukan termasuk
                                     lelaki dan wanita.

                       3.3    Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan berikut:

                              3.3.1  Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)
                              3.3.2  Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia (MSIPGM)
                              3.3.3  Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia (MSMM)
                              3.3.4  Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)
   1   2   3   4   5   6   7