Page 10 - PERATURAN MEMANAH
P. 10

11.0   HADIAH
                        11.1    Hadiah-hadiah yang disediakan ialah seperti berikut:
                                 11.1.1     Acara Individu sehingga 2000M: Pertama, Kedua dan Ketiga.
                                 11.1.2     Acara Individu 3000M dan jarak lebih daripadanya:
                                            Pertama,kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima.
                                 11.1.3     Acara Pasukan: Enam pingat akan diberikan kepada setiap
                                            pasukan yang berjaya menduduki tempat Pertama, Kedua
                                            dan Ketiga.

                12.0  KAEDAH  PENENTUAN  BAGI  RANKING
                        12.1     Cara Memutuskan Ranking Kejohanan
                                 12.1.1    Johan  keseluruhan  bagi  kejohanan  ini  ialah  kontigen
                                           olahraga  yang memenangi pingat emas terbanyak.
                                 12.1.2    Jika berlaku seri, kiraan pingat perak terbanyak akan diambil
                                           kira.
                                 12.1.3    Jika masih seri, kiraan pungutan pingat gangsa terbanyak
                                           akan diambil kira.
                                 12.1.4    Jika masih seri, pemenang bersama akan digunapakai.

                13.0    TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

                        13.0    Taklimat Pengurus Pasukan akan  ditetapkan oleh pihak penganjur.
                               Semasa  perjumpaan ini  pengesahan penyertaan hendaklah  dibuat.
                               Sebarang perubahan dan pertukaran boleh dibuat semasa Mesyuarat
                               Pengurus Pasukan.

                        13.1  Penambahan atlet baru TIDAK DIBENARKAN selepas tarikh tutup
                               pengesahan penyertaan.

                        13.2  Pertukaran acara hanya dibenarkan bagi peserta yang berdaftar
                               sahaja.

                        13.3  Semasa  taklimat pengurus, penambahan  peserta acara balapan  dan
                               padang  tidak dibenarkan.  Hanya  proses  ‘Gugur’  sahaja yang
                               dibenarkan semasa talimat Pengurus Pasukan.

                        13.4  Sekiranya, terdapat  pertukaran peserta  disebabkan kecederaan,
                               (mestilah mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan). Peserta
                               yang menggantikan perlu mengambil bahagian semua acara peserta
                               yang diganti.

                        13.5  Pengguguran dan penambahan acara perlu menggunakan borang yang
                               disediakan oleh pihak penganjur.
   5   6   7   8   9   10   11   12