// Memastikan penganjuran SUKIPT 2018 dapat dijayakan selaras dengan Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT).
// Menjadi landasan bagi atlit bertanding di peringkat yang lebih tinggi.
// Meningkatkan integrasi nasional di kalangan pelajar/ penuntut institusi pendidikan menerusi sukan.
// Mencungkil bakat atlet dan menyediakan peluang bertanding yang lebih kompetitif.
// Membudayakan sukan di kalangan pelajar/ penuntut sebagai usaha ke arah meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup terutamanya di kalangan generasi muda.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis-Majlis Sukan IPT (MASUM, MSP, MASKOM dan MASISWA) mengambil inisiatif menganjurkan SUKIPT (Sukan Institusi Pendidikan Tinggi) bermula pada tahun 2012.
Penganjuran Kejohanan ini diadakan secara dwitahunan dan diselang-selikan dengan penganjuran Karnival Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA).
Bagi penganjuran edisi ketiga, kontinjen jemputan untuk kejohanan ini ditambah dengan jemputan antarabangsa melibatkan negara-negara dalam Asia Tenggara selain turut mempertandingkan beberapa acara sukan untuk atlet kelainan upaya (OKU).
Penganjuran SUKIPT merupakan satu usaha Kementerian untuk membangunkan dan memajukan lagi sukan di peringkat IPT, kebangsaan dan antarabangsa secara bersepadu. Penyertaan untuk sukan ini adalah terbuka kepada semua atlet IPT di Malaysia.
Sila klik di sini untuk paparan
Menjadikan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia sebagai pusat pembangunan dan pembudayaan sukan bertaraf antarabangsa.
Tertakluk kepada dokumen yang lengkap, kami berjanji :