- Menyediakan Dasar Pembangunan Sukan IPT (DPSIPT) dan pelan tindakan yang konkrit selaras dengan Dasar Sukan Negara (DSN).
- Menyelaras dan memantau program pembangunan dan pembudayaan sukan di IPT secara bersepadu.
- Menyalurkan peruntukan pembangunan sukan kepada Majlis-Majlis Sukan IPT termasuk IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sebagai bantuan tambahan bagi menyokong program pembangunan dan pembudayaan sukan di IPT.
- Menyediakan bantuan kepada atlit, pegawai sukan dan penyelidik melalui Skim Kecemerlangan/Kebajikan Insentif Penyelidikan Sukan (SKIPS) berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan.
- Mewujudkan Pusat Kecemerlangan Sukan di IPT yang terpilih berdasarkan kemudahan prasarana, khidmat kejurulatihan, kepakaran serta sukan yang dipelopori.
- Melahirkan atlit intelek (the thinking athlete) melalui pembiayaan Biasiswa Sukan KPT kepada mereka yang berkelayakan serta telah meningkatkan berprestasi cemerlang dalam akademik dan sukan.
- Menjadikan sukan sebagai kerjaya serta mempunyai kebolehpasaran di dalam negara dan antarabangsa melalui kerjasama pintar dengan agensi kerajaan, pihak swasta, persatuan sukan dan badan bukan kerajaan.
- Mensasarkan 30 % atlit negara terdiri daripada atlit pelajar IPT melalui kerjasama dan hubungan strategik dengan agensi kerajaan, persatuan sukan dan badan bukan kerajaan.
- Menyelaras serta menjalin hubungan strategik dengan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Majlis Sukan Negara (MSN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mengurus kemasukan atlit pelajar yang berpotensi serta berprestasi tinggi ke IPT dengan lebih anjal dan bertanggungjawab berdasarkan pencapaian akademik dan sukan.
- Menyelaras Program Khas (Pembangunan Sahsiah) Pelajar, Program Pencegahan Dadah/ HIV/ AIDS dan Program Pembangunan Belia yang berimpak tinggi, melangkah sempadan IPT dan berskala besar bagi pembangunan sahsiah di IPT untuk melahirkan para pelajar yang cergas fizikal dan cerdas minda.