Info Korporat

Info Korporat

Menjadikan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia sebagai pusat pembangunan dan pembudayaan sukan bertaraf antarabangsa.

Tertakluk kepada dokumen yang lengkap, kami berjanji :

  1. Melaksanakan program dan aktiviti sukan IPT yang terbaik selaras dengan DPSIPT dan Dasar Sukan Negara bagi memenuhi aspirasi negara dalam pembangunan sukan Negara.

  2. Memberi sumbangan dan komitmen penuh di dalam Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS), Jawatankuasa Bersama KBS/KPM/KPT dan jawatankuasa-jawatankuasa kecil di bawahnya.

  3. Mencapai sasaran 30% atlit negara terdiri daripada atlit pelajar dengan memastikan kemasukan atlit pelajar yang berkelayakan, berpotensi dan berprestasi tinggi ke IPT bagi setiap sesi pengambilan pelajar.

  4. Menyalurkan peruntukan tahunan pembangunan sukan kepada Majlis-Majlis Sukan IPT termasuk IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti.

  5. Memastikan penganjuran kejohanan dan aktiviti sukan yang terbaik di peringkat IPT, kebangsaan mahupun antarabangsa.

  6. Memastikan persediaan terbaik kepada kontinjen negara bagi penyertaan ke kejohanan antarabangsa seperti Sukan Universiti ASEAN (AUG), Sukan Universiti Dunia, Kejohanan-kejohanan Universiti Dunia, Sukan Tahunan Malaysia-Indonesia, Sukan Tahunan Malaysia-Thailand dan lain-lain temasya/kejohanan yang dianjurkan setiap tahun.

  7. Menyelaras permohonan dan pembiayaan Biasiswa Sukan KPT kepada pelajar-pelajar yang layak dengan peningkatan 10 % pada setiap tahun.

  8. Memastikan atlit yang cemerlang menerima Biasiswa Sukan KPT dan Skim Kecemerlangan/Kebajikan Insentif, dan Penyelidikan Sukan (SKIPS) sekurang-kurangnya sekali setahun.

  9. Menyelaras kelulusan bagi sekurang-kurangnya 10 Program Khas (Pembangunan Sahsiah) Pelajar dan Program Pencegahan Dadah/HIV/AIDS di IPT di bawah Pejabat Menteri dan Timbalan Menteri setiap tahun yang berimpak tinggi, melangkaui sempadan IPT dan berskala besar.

  10. Menyelaras kelulusan pengagihan peruntukan Program Khas (Pembangunan Sahsiah) Pelajar kepada IPT berkaitan tidak melebihi tempoh 2 minggu selepas kelulusan pegawai pengawal diperolehi.

Objektif Seksyen Sukan adalah berteraskan kepada objektif KPT yang berkaitan dalam menghasilkan insan yang kompeten melalui program dan aktiviti pembangunan dan pembudayaaan sukan, pemberian Biasiswa Sukan serta Skim Kecemerlangan/ Kebajikan, Insentif dan Penyelidikan Sukan (SKIPS) dan Program Khas (Pembangunan Sahsiah) Pelajar mengikut peraturan dan garis panduan yang diguna pakai.

Membangun dan memperkasa program pembudayaan dan pembangunan sukan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam melahirkan atlit intelek (The Thinking Athlete) yang mempunyai kecergasan fizikal dan minda yang seimbang serta mempunyai daya saing yang dapat memenuhi aspirasi pembangunan sukan IPT dengan mensasarkan sekurang-kurangnya 30% negara.

Seksyen Sukan Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 62200 W.P. Putrajaya Tel: 0388706141 Faks: 0388706824
* Bagi no. sambungan, sila buat panggilan ke 03 88706000 dan maklumkan no. sambungan yang berkenaan.

SEKSYEN SUKAN ( NO. FAKS: 03-88706824)
1. YBrs. Dr. Pekan bin Ramli
Timbalan Setiausaha Bahagian • TSUB(SS)
pekan.ramli 6140
2. Encik Azwan bin Abdullah
Eksekutif Sukan • Eksekutif Sukan
azwan.abdullah 6127
3. Puan Nur Aina binti A.Aziz
Eksekutif Sukan • Eksekutif Sukan
nuraina.aziz 5346
 
UNIT PRESTASI TINGGI (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
4. Encik Nazmizan bin Muhammad
Ketua Penolong Setiausaha Kanan • KPSUK(D)PT
nazmizan.muhammad 5201
5. Encik Haron bin Arip
Penolong Setiausaha Kanan • Pegawai Tadbir Kanan Sukan
haron.arip 6584
6. Puan Maznah binti Abu Samah
Penolong Setiausaha • PSU(D)PT
maznah.abusamah 6135
7. Puan Andik Norazyanti binti Matawapa
Eksekutif Sukan • Eksekutif Sukan
azyanti.matawapa 6563
8. Encik Saiful Yazan bin Abu Hassan
Eksekutif Sukan • Eksekutif Sukan
yazan.hassan 6108
9. Encik Mohamad Iswandi bin Pudzir
Eksekutif Sukan • Eksekutif Sukan
iswandi.pudzir 5114
10. Encik Mohd Hanif bin Abd Razak
Eksekutif Sukan • Eksekutif Sukan
haniff.razak 6454
11. Puan Zuzilawati binti Zubir
Eksekutif Sukan • Eksekutif Sukan
zilawati.zubir 6453
12. Puan Azliza binti Lokman
Eksekutif Sukan • Eksekutif Sukan
azliza.lokman 6578
13. Encik Ahmad Fadhil bin Mohamad Locman
Eksekutif Sukan • Eksekutif Sukan
fadhil.locman 6455
 
UNIT STRATEGIK & PENGURUSAN (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
14. Encik Niyewzuan bin Amar Iszuan Cheng
Penolong Setiausaha • PSU(D)SP
niyewzuan.cheng 6141
15. Encik Norizan bin Md Isa
Penolong Setiausaha • Pegawai Tadbir MASISWA
zanisa580 6827
16. Cik Nurul Fatin binti Roslan
Eksekutif Sukan • Eksekutif Sukan
fatin.roslan 6640
17. Encik Salehudin bin Mohamed
Penolong Pegawai Tadbir • PPT(D)SP
salehudin 6639
18. Puan Noor Liyana binti Abd. Yusof
Eksekutif Sukan • Eksekutif Sukan
liyana.yusof 5188
19. Puan Hajar binti Hamzah
Ketua Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) • KPT(D)SP
hajar 6139
20. Puan Nur Syaqirah binti Abdullah
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) • PT(D)SP
syaqirah 6137
21. Puan Nurul Baizura binti Zainuddin
Pembantu Operasi • PO(D)SP
nbaizuraz 6138
  1. Menyediakan Dasar Pembangunan Sukan IPT (DPSIPT) dan pelan tindakan yang konkrit selaras dengan Dasar Sukan Negara (DSN).

  2. Menyelaras dan memantau program pembangunan dan pembudayaan sukan di IPT secara bersepadu.

  3. Menyalurkan peruntukan pembangunan sukan kepada Majlis-Majlis Sukan IPT termasuk IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sebagai bantuan tambahan bagi menyokong program pembangunan dan pembudayaan sukan di IPT.

  4. Menyediakan bantuan kepada atlit, pegawai sukan dan penyelidik melalui Skim Kecemerlangan/Kebajikan Insentif Penyelidikan Sukan (SKIPS) berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan.

  5. Mewujudkan Pusat Kecemerlangan Sukan di IPT yang terpilih berdasarkan kemudahan prasarana, khidmat kejurulatihan, kepakaran serta sukan yang dipelopori.

  6. Melahirkan atlit intelek (the thinking athlete) melalui pembiayaan Biasiswa Sukan KPT kepada mereka yang berkelayakan serta telah meningkatkan berprestasi cemerlang dalam akademik dan sukan.

  7. Menjadikan sukan sebagai kerjaya serta mempunyai kebolehpasaran di dalam negara dan antarabangsa melalui kerjasama pintar dengan agensi kerajaan, pihak swasta, persatuan sukan dan badan bukan kerajaan.

  8. Mensasarkan 30 % atlit negara terdiri daripada atlit pelajar IPT melalui kerjasama dan hubungan strategik dengan agensi kerajaan, persatuan sukan dan badan bukan kerajaan.

  9. Menyelaras serta menjalin hubungan strategik dengan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Majlis Sukan Negara (MSN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mengurus kemasukan atlit pelajar yang berpotensi serta berprestasi tinggi ke IPT dengan lebih anjal dan bertanggungjawab berdasarkan pencapaian akademik dan sukan.

  10. Menyelaras Program Khas (Pembangunan Sahsiah) Pelajar, Program Pencegahan Dadah/ HIV/ AIDS dan Program Pembangunan Belia yang berimpak tinggi, melangkah sempadan IPT dan berskala besar bagi pembangunan sahsiah di IPT untuk melahirkan para pelajar yang cergas fizikal dan cerdas minda.