Page 2 - PERATURAN HOKI
P. 2
JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN HOKI (LELAKI &
WANITA) SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA
(SIPMA) KE-10, 2025
1. NAMA
Rujuk perkara 1 Peraturan Am Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA).
2. PERATURAN PERTANDINGAN
2.1 Mengikut undang-undang dan Peraturan Am SIPMA yang dikuatkuasakan
sepanjang kejohanan ini.
2.2 Pertandingan berlangsung mengikut undang-undang Permainan Hoki
SIPMA 2019.
3. UDANG-UNDANG PERMAINAN
3.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini
dijalankan mengikut undang-undang Konfederasi Hoki Antarabangsa
(FIH) yang sedang dikuatkuasakan dan digunapakai sepanjang masa
kejohanan ini.
3.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka
undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan digunapakai.
Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan
diputuskan berdasarkan Peraturan Am SIPMA.
3.3 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan adalah muktamad.
4. PENYERTAAN DAN KELAYAKAN
4.1 Rujuk perkara 4 Peraturan Am SIPMA.
4.2 Kategori yang dipertandingkan ialah Hoki Lelaki dan Hoki Wanita.
4.3 Setiap kontinjen boleh mendaftar tidak lebih daripada 36 orang pemain dan
8 orang pegawai bagi sukan hoki. Pecahan adalah seperti berikut:
4.3.1 18 orang atlet hoki lelaki & 4 orang pegawai
4.3.2 18 orang atlet hoki wanita & 4 orang pegawai