LOGO & MASKOT

Image
Image

Definisi Logo

  • Pengaliran warna yang dinamik adalah simbol kerjasama bagi semua yang terlibat dalam menjayakan SIPMA 2019 ini.
  • Warna yang cerah dan terang merupakan keberanian atlet yang bakal bertanding seterusnya menimbulkan emosi pelbagai atlet yang bakal terlibat.
  • Simbol infiniti atau nombor 8 pula merupakan turutan daripada penganjuran edisi ke-8 bagi tahun ini dan seterusnya melambangkan sebanyak 8 acara sukan yang bakal dipertandingkan.

Definisi Maskot

  • Menonjolkan harimau yang merupakan haiwan yang kuat dan berani.
  • Harimau jua merupakan lambang haiwan kebangsaan Malaysia seperti yang terdapat pada logo KPM.
  • Reflect yang tinggi pada haiwan ini mencerminkan semangat kesukanan yang tinggi dan bersedia untuk bersaing dengan mengangkat martabat atlet pelajar di persada sukan antarabangsa.

BERITA SIPMA 2019

Image

BENGKEL JAWATANKUASA PELAKSANA SIPMA 2019

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA) akan menganjurkan Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2019 pada 17 - 24 Ogos 2019 bertempat di Selangor.
 
Bagi memastikan kelancaran penganjuran kejohanan ini, Sekretariat SIPMA 2019 telah menganjurkan Bengkel Jawatankuasa Pelaksana 2019 pada 4 dan 5 Mac yang lalu bertempat di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kajang. Bengkel yang melibatkan 15 Jawatankuasa ini dihadiri oleh pegawai dan kakitangan sukan IPT awam dan swasta bagi membincangkan gerak kerja serta memberikan input tambahan berkaitan penganjuran kejohanan pada tahun ini. 
 
Bengkel ini dirasmikan oleh YBrs. En Tony Azman Hassan, Ketua Penolong Setiausaha di Unit Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia yang juga selaku Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksana SIPMA 2019.